Monday, 6 February 2012

  <?xml version="1.0" ?>
- <users>
  <user>C031EA14CC03BD1F66BA0A24D01D002C</user>
  </users>

Friday, 3 February 2012

whats next of our world


Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Share10K This entry was posted in Taubat by Gadis Misteri. Bookmark the permalink.
Recent Related Posts

69 thoughts on “Dasyatnya hari kiamat dan Padang Mahsyar”

  1. Termizi Suhaimi on said:
    Assalamualaikum w.b.t
    Benar dan benar belaka. Sesungguhnya kiamat itu akan tiba dan Allah SWT tidak pernah mungkir janji.
    Ayuh kita muhasabah diri mengenai Iman kita. Cukupkah bekalan kita untuk dibawa mengadap Illahi?
    Manusia rata-rata hidup 60, 70 tahun tapi kehidupan akhirat tiada penghujungnya. Mati cuma sekali dan tiada kematian selepas kematian yang pertama.
    Secara logik akal kalau hidup dunia cuma 60, 70 tahun kita sudah habiskan banyak masa untuk kehidupan sementara ini, maka bagaimana usaha untuk kehidupan yang kekal abadi nanti.
    Alim Ulamak kata selepas ini cuma ada dua destinasi sahaja, yakni syurga atau neraka. Kalau masuk syurga ianya sampai bila-bila, alhamdulillah tetapi jika di neraka juga agak lama, nauzubillah. Sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia.
    Tahan ke kita dengan azab api neraka.
    Ayuh sahabatku, kita fikir mengenai Iman kita semasa masih celik mata. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
    Waallahualam.
  2. Mr Bukit Besi on said:
    Bismillah Wa Syukrillah!
    Bila berlakunya kiamat hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui. Kita yang bernama insan ini hanya mampu menjangkakan sahaja namun yang pasti jangkaan itu pun belum tentu tepat kerana Rasulullah saw sendiri memperakui bahawa kedatangan Hari Kemusnahan itu hanya Allah Ta’ala sahaja yang tahu. Kita sebagai insan yang alpa dan leka ini sewajarnya meningkatkan lagi amalan kita disamping menjalani kehidupan seharian kita. Adakah bila sudah dijangkakan berlakunya kiamat baharulah kita tergesa-gesa untuk menggandakan amalan kita? Di manakah letaknya keikhlasan dan kesungguhan kita sebagai hambaNya? Sama-sama kita fikirkan, Allahu a’lam.
    Mr Bukit Besi´s last [type] ..Asal Usul Nama Dungun
  3. shamel on said:
    betul kate eddie, rasa nak menangis masa tengah bace.. dari sini dah rasa bahang matahari.. bahkan api neraka pulak.. Subhanallah
  4. Mohd Zulfadli on said:
    Ya Allah..Maha besarmu menentukan sesuatu nasib hambamu,
    Kami memohon kepada mu, terimalah amalan kami, walaupun kami banyak leka kepada mu,
    Berilah hidayah petunjuk mu kepada kami hambamu yang hina ini,
    Buka kan lah pintu-pintu keimanan kepada kami supaya kami lebih mengenalimu,
    Hanya Engkau lah Tuhan yang kami wajib sembah dan tempat kami bergantung hidup..
    Sesungguhnya Engkau tidak akan menzalimi hamba-hamba mu yang lemah, maka, berilah sinar harapan, ketetapan iman, kesejahteraan hidup dunia dan akhirat, dan buka kanlah mata-mata, hati-hati kami supaya beramal soleh kepada mu Ya Allah tuhan yang maha penyanyang….
    Sejahterakan lah hamba-hambamu ya Allah..kami tidak mampu melihat sesama manusia masuk ke neraka mu ya Allah,
    Kami tidak mampu melihat darah daging kami masuk ke nerakamu, Ya Allah…
    Dan kami tidak dapat menahan pedihnya siksa nerakamu…lagi dahsyat dari percikan api dunia ya Allah,
    Lagi dahsyat dari hirisan pisau di jari ya Allah..
    Kami tidak punya kekuatan untuk melawan nafsu, dan godaan syaitan ya allah… Berikanlah kami sedikit kekuatan melawan nafsu dan godaan syaitan, hanya padamu kami berserah ya Allah…
    Dahulu kami pernah berjanji akan membuat kebaikan dununia, kami tidak lupa janji itu ya Allah… Kami tidak mahu dijadikan seperti haiwan2 yang tidak punya akal, kami berakal ya Allah, berikan lah kami kekuatan untuk hidup sebagai khalifah di bumi ini…
    Mati kanlah kami di dalam Islam, kekalkan lah kami kejalan Islam yang sebenar…Kami hanya ada satu agama yaitu Islam…
    Kami hanya ada satu Tuhan iaitu Allah….Kaulah tuhan kami ya Allah….Amin
  5. muhamad aizuddin on said:
    Allahuakbar ! ! !
    sesungguhnye . .
    Allah maha BERKUASE ! ! ! !
    maha AGUNG ! ! !
    lagi MAHA BIJAKSANA ! ! ! !
  6. Manusia on said:
    Assalamualaikum… Terima kasih kepada insan yang share info ini… Kepada yang hanya pandai berkata-kata… Anda fikirla sendiri.. Jangan hanya pandai bertakbir dan memuji kebesaran Allah s.w.t di dalam ini.. Tapi di dunia nyata kita menjadi insan yang munafik dan melupai Allah s.w.t… Sama-samalah kita orang ISLAM memanfaatkan laman internet dan Laman web ini bersama-sama ke jalan yang diredhai Allah s.w.t… Amin…
  7. HAmba ALLAH on said:
    tak dapat nak bayangkan macam mane nanti…terlalu banyak dosa dah buat…”panjangkan umurku…..ingkinku mengumpul amalan bg meringkan penderitaan semasa di padang mahsyar nanti YA ALLAH…dah aku sebagai hambamu yang sering membuatk kesilapan..kau ampunilah dosaku dan seluruh umat ISLAM di dunia ini YA ALLAH…amin………..”
  8. Syed Idrus Syed Mustafa on said:
    Ianya PASTI datang!! usah DIRAGUI lagi bila masanya…HARINI/ESOK/LUSA/MINGGU DEPAN/ BULAN DEPAN/TAHUN DEPAN….bersiap siagalah wahai Muslimin & Muslimat kerana JANJI ALLAH SWT tak pernah mungkir!!…
  9. mat on said:
    sesungguhnya kita harus sedar dan insap, ini baru gambaran, kalau yang sebetulnya??? maha dasyat, tahun depan Planet Nibiru macamana pulak tu jika benar ia terjadi nanti?.. moga Allah selamatkan kita.
  10. Hamba Allah on said:
    MasyaAllah..
    Sungguh, segala puji bagi Allah swt. Kepada-Nya kita memberikan pujian, meminta pertolongan, dan memohon ampunan. Kepada-Nya pula kita meminta perlindungan dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan.
    Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada seorang pun yang dapat memberikannya petunjuk.
    Sesungguhnya saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, Dialah Tuhan satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.
  11. Anon on said:
    SubhanAllah .
    Sesungguhnye , Amatlah Takut Ketike Membaca Artikel Nie .
    Ya Allah , Bukalah Pintu Hatiku Agar MenyembahMu Ya Allah .
  12. fida on said:
    SUBHANALLAH… Sesungguhnya aku belum cukup amalan untuk dibawa bersama ke akhir zaman… ya ALLAH, kau bukakanlah pintu hatiku dan semua umatmu dan tunjukkanlah kami ke jalan yg terang ya ALLAH.. Amin amin amin yarobal’alamin..
  13. n on said:
    Asal-usul api di dunia ini..
    Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
    Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.
    Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?
    Jibril : Sebesar kurma…
    Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
    Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
    Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
    Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintah kan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
    Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
    Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini, spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.
    PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.
    SEBESAR ZARAH SAHAJA.!! MOGA ada manafaat dari riwayat ini.
    RENUNGKAN & INSAFLAH….
    Wassalam.
Daripada penerangan Sheikh Abdus Salam Bali di atas, dapat difahami bahawa cara untuk menghafal al-Quran untuk jangka masa panjang adalah seperti berikut:
1)  Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.
(Mesti 10 kali.  Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang.  Cara ini salah.  Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)
Jika ada masalah dengan perkataan tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali.  Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.
2)  Kemudian, bacalah ayat dalam baris kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf.  Selepas itu, ulangi ayat dalam baris kedua tanpa melihat mushaf.
3)  Setelah ayat dalam baris pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat dalam baris pertama dan kedua tersebut dengan melihat mushaf pula sebanyak 3 kali.  Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat mushaf.
4)  Ulangi perbuatan di atas untuk ayat dalam baris ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.
Cara di atas adalah cara penghafalan jangka masa pendek.  Dan hafalan boleh hilang dalam masa beberapa minggu.
Bagaimana untuk menukar penghafalan jangka pendek ini kepada penghafalan jangka panjang?
1)  Ambil mushaf dan buka muka surat yang sudah dihafal itu.  Baca muka surat tersebut sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf.  Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan di baris berkenaan.
Perbuatan begini, insyaALLAH akan melekatkan apa yang dihafal kuat di dalam minda.  Anda tidak akan lupa, insyaALLAH.  Segala puji bagi ALLAH.  Kenapa?
Kerana apabila anda membacanya sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf, mata anda akan merakam muka surat tersebut dalam bentuk foto ke dalam minda.  InsyaALLAH ia akan melekat kuat di dalam ingatan anda dan takkan melupakannya.
Berikut adalah satu lagi video penerangan oleh Sheikh Abdus-Salam Bali:
Tentu ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menghafal al-Quran.  Cara di atas hanyalah salah satu daripadanya.  Semoga ALLAH Ta`ala memberkati Sheikh atas ilmu yang dikongsikan.  Juga buat insan yang sudi berkongsi video ini kepada umum melalui youtube, semoga ALLAH Ta`ala memberkati mereka juga, amin…
Semoga ALLAH memuliakan kita semua dengan al-Quran yang mulia, amin.
Wallahu ‘alam. Semoga kita dapat sama-sama amal dan sampaikan.

my future

i am studying english languge every day in my privates room,,

muhammad nur faza

kampung nerasau

muhammad nur faza

create a new blog